Sunday, February 1, 2009

(^_^) alexander BUKAN zulkarnain(^_^)

salam sumer...
di sini terdapat satu dokmentari yang baik untuk kita semua tontoni yang mana telah menjadi sejarah dalm ketemadunan manusia..

ALEXANDER BUKAN ZULKARNAIN


Photobucket
Alexander The Great -
Penakluk yang terhebat. Namanya tercatat dalam sejarah panjang sebagai pemimpin pertama yang telah menguasai Timur dan Barat. Hingga kini, nama beliau kekal sebagai penakluk paling berjaya dalam sejarah ketamadunan manusia. Keagungannya telah menjalar hingga ke Nusantara dan diberi gelaran "Iskandar Zulkarnain". Setelah beribu tahun. setelah kepercayaan kukuh menyatakan bahawa orang Melayu itu mempunyai pertalian darah dengan Alexander The Great dan setelah nama Alexander The Great itu sendiri seolah-olah sebati dengan gelaran Zulkarnain, satu persepsi baru telah muncul.. Kita bercerita tentang Alexander The Great. Kita juga bercerita tentang Zulkarnain. Persoalannya: Adakah kita bercerita tentang orang yang sama? Dokumentari hebat ini akan membuat analisis komprehensif terhadap persoalan siapakah Zulkarnain yang disebut dalam Surah Al-Kahfi. Tiga tokoh utama yang menjadi sandaran ialah Alexander The Great, Cyrus The Great dan salah seorang raja dari Empayar Himyar. Pencarian ini akan berlandaskan situasi sejarah dan lokasi, persoalan di mana tembok Yakjuj dan Makjuj, lokasi laut berlumpur hitam dan sumbangan tokoh-tokoh ini yang mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri yang disebut dalam Al-Quran. Selain itu, dokumentari ini juga memberi tumpuan kepada mesej besar yang cuba disampaikan lewat ayat 83-98 dari Surah Al-Kahfi. Antara yang utama ialah hak-hak orang tua, wanita dan kanak-kanak dalam peperangan serta konsep peperangan yang disarankan dalam Islam. Ketahui hasil pencarian dokumentari ini. Selain daripada usaha tersebut, apa yang lebih penting, ia juga telah membuka satu lagi perspektif baru. Jalinan antara tafsiran surah Al-Kahfi pula memberi mesej global bahawa peperangan bukanlah satu perkara yang indah tetapi jika ia mesti dilaksanakan, lakukanlah dengan penuh perikemanusiaan.

dokumemtari ni sgt berharga bg aku, kerana memberi kita ruang untuk mengkaji siapakah alexander dan siapakah zulkarnain, lelaki yang di ceritakan didalm surah al-kahfi yang dikatakan diberikuasa oleh ALLAh menakluki dunia di timur dan barat.
sama2 kita meneroka mencari sesuatu kebenaran.....


p/s: huhu sinopsis ni aku cilop kat hyuuga..huhu...kredit tuk hyuuga...dan kalu korg nak dokumentari ni..boleh la aku kasi..x pon nak donlot ok jek... peace(^_^)

3 comments:

NieRadiNa said...

salam..
camna nk download tuh..bgtaula..hu..hu..

Ochie~(^_^)v~ said...

salam tta>>
adehh tata aku ingtkn ayatmu tu dr ko.. hebat sungguh lak. hooho...
ndak pa..
aku mau amik dr ko jak la nanti.. lalalla

lily_lavender said...

haipp cipot..ko p stabilkan ratio ko tu...ahhhhah

nieradina..boleh donlot d jiwang...huhuhu...