Wednesday, December 31, 2008

mkn...makan...hohohoo

ermmmmm..yam yam..
best sedap..
semalam wat stimbot kat umah...nala....
lama x buat...

ketat dah perut mkn mender tu sumer..hhikhik...soehh.
.pas makan2..aku elakkan diri dr basuhh pinggan..aku main nagn anak2...wkakak
adik aku yang basuh..
naaaa..amik la petua nak elak basuh pinggan byk2..

pastu..main gusti lak nagn anak buah aku..uinaaa...dah la besar2 badan budak2 tu..
tpii..aku menanngggg..wkakaak
lama x main nagn anak buah..huhu.
nanti weindu plak..


ermm..kalu x aku nak penang pagi ni..
tapi x jadi..p esok la..heheeh..
ader hal yang x settle..nak kasi bereh lu..
ai yai yai..
next week dah nak balik dah..bila dok lama d kg..liat sungguh nak balik sinun..

apa leh buat....kena balik juga..


sekarg ni kul 8.28am..kat umah maksu..
nak masuk smp kampus..
alahai..
loading nyaa..punyaa la lama..seksaa kau nak masuk...
nak regester subjek daaa...
alahai..mintak la minor aku dapt yang ok..kalu x mamposs gak la nak buat nanti..huhuhu..
ok lah..
nanati kalu den ado apo lagi nak merepek meraban..ai kasi masuk ini dalam bloi..
jiwa sakit..
huhuhuhuhu...

ok tada....

Monday, December 29, 2008

(^_^)selamat datang 1430H(^_^)

salam sumer..
selamat datang kepada tahun baru terutama pada suluruh masyarakat islam di dunia..
kerna denagn limpah kurnianya..kita
dapat mengecapi tahun baru islam dalam keadaan yang baik..

SELAMAT DATANG TAHUN 1430H..
diharapkan tahun baru ini dapat memberikan bayak manfaat pada kita semua.
dan daku juga mengharapkan sesuatu yang lebih baik dr sebelumnyaa..

daku juga mengaharapkan setuatu perubahan yang positif dalam hidupku..
da aku mendoakan agar diriku serta sumer..dapat menikmati rahmat yang telah ALLAH berikan pada kita..

sekali lagi..SALAM MAAL HIJRAH pada semua pelawatku sekalian..

Monday, December 22, 2008

(^_^)hadapi dengan senyuman(^_^)

salam..
ehem..hampir seminggu ai x masuk tenet ni...
'windunyaaa..
kengkawan ym la..kampus la...dan manyak lagi...

ok lah..straight 2 da point....
huhu dalam menjalani liku2 hidup ni..manyak dugaan dan ujian buat kit..
tapi itu sumer sebagai tanda ALLAH kasih...ALLAH sayang..pada hambanyaa..
segala ujian ini..kita per lu HADAPI DENGAN TENG..
memg kadang kala kita buntu..kita putus asa..pasrahh..
tapi kita kena REDHA denagn setiap dugaannya..
oleh itu..
ini juga sebagai jalan untuk kita mendekatkan diri pada ALLAH...
DIA mahu kita senantiasa mendekatkan diri pada NYA...

ALLAH sayang pada hamba NYA..
sebab itu dia berikan kita ujuan dan dugaan..
AMIN..
semoga segala ujian yang diberikan akan dapat ku hadapi dengan baik...dan teng...
AMIN....

Tuesday, December 16, 2008

tag dr tewe.....eeeeeeeeeeeeeeee....

memg nak kena laaa

a) 7 fakta tentang aku

1. nona maniss
2. suka usyar org ma..[baikk punyerrrrrr]
3. kacau org...terutama org tua melatah..muahhahaahah
4. soklan sensitip..org tanya berat nagn tggi..huhuhu
5. x suka d paksa....buat kerja biar ikhlas....
6. suka p jalan..sapa nak kawen nagn aku..wet kena manyak...wakakak
7. be the best among the best



b) 7 perkara menakutkan aku di duniawi ini

1.takut allah & rasul
2.takut x sempat taubat..huhu tatotttt
3.takut bila pikir alam s1 lagi tu..huhuhu
4.takut hadapi msa depan..tpi kena hadapi gak..huhuhu
5.takut tmpat tggi..gayatt owh..
6.takut nak kawen,.,huhuhuhu..macm2 adaaaaaa
7.takut cakp x supwerr bikinn....maluu jekk..hbuhuhuh

c) 7 lagu yg paling aku layan

1. hanya pada mu-qiara
2. biarlah rahsia-siti nur haliza
3. isteri solehah- x tahu saper nyanyi
4. ilham ku-man bai
5. merisik khabar-sudirman
6. anak itik tok wi
7. sebelum dan selepas-senarioo

d) 7 perkara yg aku selalu sebut

1. Assalamualaikum
2. ker cam ner
3. ai yai yaii
4. Huhuhuhuhu
5. ui na
6. adehhhhh
7. bongekkkkkk



e) 7 perkara yg bernilai bg aku...guess wut??

1. Mak ayah aku
2. keluarga....
3. pelajaran aku
4. geng2 sekepala
5. pc penting..xder dia..x jalan keje,..huhuhuhuh
6. novelll .....amikk ilham...
7. hanpon..cermin...alat mekap..lallaalall


f) 7 pertama kali dalam hidup aku...

1. Pertama kali jejak kaki ke sabah....masa masuk U..hu kalu x..xder camn la
2. mula kenal dunia toren menoren ni..msa d U gak..huhuhu
3. dpat ahli kump yang masalh..sampai 1 U tau..haru
4. 1st time naik kapal tebang...nak p sabah la...huhu dapat gak naik..wkakaka
5. start men dj masa tahun ! d kampus..huhu..SENDO sifu
6. 1st timw naik pikap..sebelum balik cuti lepas....
7.tgkk cara hidup org lain2 dari lain..huhu

g) 7 mender shaya x shuker....
1. x cuker org x gosok gg..gigi bau..lallala
2. x shuker temaptt sesak sgt...bikin sesak napass..
3. x cukerr mender kotoQ...
4. x suker dapurr kotoq, slerak..
5. x cukerr bising sgt...nanti wa lak yang bising..hakhakahk..
6. x shuker..bau busuk...wangi2 jekk..hakhakhak....
7. x shukerr pakse org...ikut suko laa....

lagi2 nak tau...mesej jek..wkkakaakak

berubah

salam ukhwahh...
saya tertarik dengan satu statement
"berubah untuk mengubah"

saya rasa tepat...
sebab..kita perlu berubah untuk kita mengubah sesuatu..
terutama diri..dr segi..pemikiran,mentaliti,jiwa...fizakal..untukkita mengubah sesuatu yang lebih positif terhadap diri..mayarakat danjuga negara...

perubahanyang berlaku ini adalah dr dirisendiri jaga..
dan ALLAHjuga telah berfirman..

"aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu,
selagikaumitu tidak mengubahnya sendiri"

berdasarkan firman tersebut..
kitalah yang menjadi tunggakkepada setiap perubahan yang berlaku...

sama2kita berubah untuk mengubah

Perspektif Ikim: Malaysia mampu pelopori aturan kewangan Islam

Negara mampu jadi pelantar dunia dengan kecekapan kawalan yang tidak dapat dipersoal

ATURAN kewangan antarabangsa berlandaskan kredit ciptaan yang lumpuh adalah peluang besar kepada Malaysia untuk memacu perkembangan dan mengepalai peralihan aturan kewangan dunia. Pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia sebagai panel dalam rombakan aturan kewangan antarabangsa di bawah payung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah petunjuk bahawa dunia mula mengiktiraf pendekatan dan kaedah yang mendasari aturan kewangan dan ekonomi Malaysia selama ini. Apa yang tinggal ialah bagaimana kita ingin memainkan peranan merebut peluang itu dan menerajuinya. Mungkin langkah kita selepas ini dapat menemui dengan kesudahan amalan pertukaran dinar emas yang negara pernah cadangkan dulu.

Melaka dulu terkenal kerana kedudukannya yang strategik menjadi pusat perdagangan dunia. Kemudian kita menyaksikan kawalan itu diambil alih orang lain selepas mereka menakluk Melaka. Kejatuhan Melaka bukan kerana ancaman luar tetapi akibat kelemahan dalaman. Kini Malaysia mempunyai aturan ekonomi strategik untuk menjadi pusat rangkaian perdagangan dunia. Kedudukan, keupayaan dan kelebihan strategik ini lebih bersifat persamaan berbanding kedudukan strategik dari sudut geografi Melaka yang dijadikan sasaran penaklukan. Tidak mustahil juga, kedudukan strategik sekarang cuba diintai orang lain dengan mengakui mereka adalah pelantar dan pengamal aturan yang sama serta cuba menguasai rangkaian perdagangan dunia. Negara bukan saja perlu terkenal dengan cetusan awal aturan ini tetapi dapat membuktikan kemampuan mengawalnya. Oleh itu, kelebihan cetusan aturan kewangan Islam yang sudah diiktiraf dunia perlu diperkemaskan secepat mungkin supaya kelebihan dimiliki tidak dirampas orang lain. Melihat kepada apa yang berlaku sekarang, boleh dikatakan peluang Malaysia terbuka luas untuk menerajui dunia dalam rangkaian perdagangan tetapi tetap bergantung kepada persediaan yang dimiliki. Aturan kewangan amat penting dalam pembangunan dan kepenggunaan negara. Tanpa pembiayaan kewangan projek pembangunan tidak dapat mencapai maksudnya.

Pendekatan pembiayaan yang digunakan dalam aturan ekonomi biasanya adalah dengan amalan kredit. Kredit difahami umum sebagai memberi pendahuluan atau pinjaman wang kepada peminjam sama ada dengan kadar faedah atau tidak. Dalam hal ini, seperti diketahui amalan kewangan biasa tidak mementingkan sama ada wujud amalan ekonomi atau tidak asalkan kadar faedah diperoleh daripada sesuatu pinjaman. Lebih besar faedah, lebih dialu-alukan.

Kemudahan kredit adalah tulang belakang pembiayaan sebarang usaha pembangunan, pembinaan dan penggunaan serta urusan perdagangan dalaman dan luar negara. Apabila asas kepada aturan kredit atau membentuk kredit tidak disandarkan nilai ekonomi tertentu serta penuh dengan keraguan, maka sebarang bentuk kekayaan yang nampak pada mata kasar hanya seperti gelembung buih yang akan pecah pada bila-bila masa. Itulah yang berlaku dalam krisis dihadapi Amerika Syarikat. Kemampuan institusi kewangan dan insurans jatuh dalam usaha untuk membentuk serta memberi kredit menyebabkan banyak projek pembangunan tidak dapat dibiayai dan terbengkalai.

Pendeposit kepada institusi berkenaan pula hilang keyakinan dan mengeluarkan wang mereka menjadikan institusi itu muflis. Kerugian dialami dan kemampuan memberi pinjaman lumpuh sama sekali. Keadaan itu memaksa syarikat dalam rangkaian industri lain juga tidak berupaya mendapatkan pembiayaan dan terpaksa gulung tikar atau mengurangkan tenaga kerja. Tekanan tambahan daripada kurangnya permintaan barangan pasaran menyebabkan syarikat kerugian dan tidak dapat meneruskan operasi. Semua sebab itu membawa pembuangan kerja, hilang sumber pendapatan dan kuasa beli seterusnya menjejaskan keseluruhan aturan ekonomi sedia ada. Jika ada institusi yang mampu menyediakan kemudahan kredit, mereka mengambil langkah lebih berhati-hati dengan mengenakan syarat yang ketat bagi sebarang pembiayaan.

Inilah fasa kedua yang dialami Amerika Syarikat menyebabkan kelembapan menekan pergerakan pasaran. Dagangan import dan eksport juga terjejas akibat kemampuan pengeluaran dalaman untuk dieksport atau kemampuan membayar barangan dan perkhidmatan yang diimport turut sama terjejas.

Ekonomi Amerika Syarikat merudum kerana mementingkan keuntungan faedah daripada nilaian apungan yang dicipta dalam bentuk sijil unit saham. Walaupun unit saham berlandaskan perumahan dan hartanah yang pada pandangan umum mustahil untuk mengalami kejatuhan ternyata sudah merentap keseluruhan aturan kewangan dan ekonomi negara. Ditambah ketiadaan kecekapan dan ketegasan dalam polisi, keseluruhan aturan dipacu ke arah kepentingan masing-masing sehingga rakyat menjadi mangsa. Kita takut perkara sama berlaku di negara kita dan menyedari penting mencari jalan keluar kepada tempias permasalahan ini.

Usaha yang dilakukan bukan saja untuk kepentingan rakyat Malaysia, malah menjadi ilham pada peringkat antarabangsa. Pada 1997 dan 1998, Malaysia yang mengalami kemerosotan ekonomi berjaya menghadapinya tanpa bantuan sumber asing. Tambatan ringgit, tegas dalam pelaksanaan polisi, kerancakan kepenggunaan dan amalan ekonomi dalaman adalah ramuan ketahanan Malaysia pada masa itu. Kemungkinan ini menjadi sebab utama yang dapat dibanggakan di samping kejayaan Malaysia mencetuskan aturan kewangan Islam bagi menggantikan aturan lazim yang diamalkan. Oleh itu, kewangan mesti berlandaskan amalan ekonomi sebenar seperti yang menjadi dasar asas ekonomi Islam. Dengan berpaksikan kefahaman itu, keseluruhan kerangka aturan kewangan sedia ada perlu diselaraskan kepada falsafah ini.

Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes membabitkan Bai' Bithamani Ajil (BBA) yang diputuskan baru-baru ini adalah satu petanda bagi pengamal perbankan. Apa khabarnya pembangunan aturan pertukaran dagangan berdasarkan Dinar Emas? Di mana tahap keberanian dan keyakinan institusi penawar perkhidmatan kepada aturan kewangan Islam?

Apakah masih tiada kepastian kepada piawaian audit kewangan dan syariah manakah yang paling sesuai untuk diguna pakai atau memadai dengan menggunakan Garis Panduan daripada Bank Negara saja untuk memacu kerangka amalan antarabangsa? Bolehkah kita usahakan sesuatu kepada falsafah zakat dalam Islam supaya dijadikan sebagai asas kepada aturan percukaian negara? Bagaimana dengan ketegasan badan memberi pensijilan halal terhadap keakuran kehendak piawaian halal sebenar? Banyak lagi persoalan masih belum diselesaikan. Terbukti pasaran dan pemasaran barangan serta perkhidmatan Islamik adalah wadah baru perjuangan alaf ini. Fahaman globalisasi yang rakus merebut kekayaan negara lain oleh syarikat besar ternyata sudah cedera tetapi tidak kita tolak sama sekali.

Globalisasi perlu digendong bersama supaya kebaikannya dapat dimanfaatkan. Marilah kita renungi usaha mencari jalan memulihkan keharmonian dalam perjuangan keadilan bersama. Peluang pembangunan dan penyelidikan dalam bidang ini perlu diterokai secepat mungkin. Kepakaran sedia ada perlu dikekalkan dalam negara berbanding daripada mengaut pulangan secara persendirian di tempat lain. Institusi berkaitan perlu mencari titik kepada matlamat yang sama. Persefahaman semua peringkat wajar dijadikan landasan penambahbaikan aturan dalam kerangka perundangan. Semoga negara berupaya menjadi pelantar aturan kewangan dan ekonomi dunia dengan kecekapan kawalan yang tidak dapat dipersoalkan lagi.

cinta

ermmm..
bykk tafsiran mengenainyaaa..
ketelusan dalm mendalami agak sukar untuk d perolehi..
hanya benar2 pasti Apa bila sering d uji...
kerna hanya itu cara untuk mendapatkan bukti...
xpercaya???

anda akan alaminya sendiri nanti....
just wait n c....

Saturday, December 13, 2008

hanpon ilangggggggggggggg

salam sumer pada kawan2 ku..
kalu korg baca blog ku ini...aku harap korang sumer leh kasi no korg kat no mxs aku yer..huhu
ilang tadi...
adoii matikk lahhhhh...
ni no mxs tata...
0128668281.....

Wednesday, December 10, 2008

raya aji...

salam sumer..
hai hai...mak ai lamanya x menuliss kat sini..
dah x tahu nak tulis aper..xder masa untuk sme ni..

sangat bz nagn anak2 ma..hu jadi suri umah la kalu balik sini..
tapii windu nagn kengkawan di egypt. labuan dan sewaktu dengan nya,,\

tapii ai ader sesuatu nak share nagn korang sumer... tpi tggu lu ye..
nak kena masa yang cukup nak create sini..huhuhuh.

i miss u all....